suria

Muamba Kritikal Selepas Rebah Di Padang

Muamba diusung keluar padang sebelum dikejarkan ke hospital selepas rebah di padang.
Muamba diusung keluar padang sebelum dikejarkan ke hospital selepas rebah di padang.
Muamba diusung keluar padang sebelum dikejarkan ke hospital selepas rebah di padang.

LONDON: Pemain tengah Bolton, Fabrice Muamba, dalam keadaan kritikal di unit serangan jantung hospital selepas rebah semasa perlawanan suku akhir Piala FA di Tottenham.

Pemain pasukan Bawah 21 England itu tersembam di atas padang berhampiran garisan tengah jauh daripada pemain lain ketika perlawanan memasuki minit ke-42.

Pasukan perubatan bergegas ke padang dengan alat "defibrillator" dan merawat Muamba, 23, dengan menekan dadanya berulang kali selama kira-kira enam minit sebelum beliau dikejarkan ke hospital.

Fabrice Muamba diamsukkan ke pusat serangan jantung di London Chest Hospital di mana ia kini berada dalaam keadaan kritikal di pusat rawatan rapi," menurut Bolton dalam satu kenyataan tiga jam selepas insiden itu.

Insiden itu menyebabkan pengadil, Howard Webb menghentikan perlawanan ketika kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Muamba dilahirkan di ibu kota Congo, Kinshasa tetapi berhijrah ke Britain pada usia muda bersama keluarganya.

Dia merupakan pemain yang dilahirkan menerusi akademi bola sepak remaja Arsenal dan sering melakukan penampilan bersama skuad bawah 21 tahun England.

Sejak menyertai Bolton dari Birmingham City pada 2008, Muamba melakukan 148 penampilan bersama The Trotters.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain