suria

Golf Terbuka AmBank Amatur Junior 2012 - Ervin Chang Juarai Kategori Lelaki Bawah 15 Tahun

KUALA LUMPUR: Pemain cilik Malaysia Ervin Chang merangkul kejuaraan dalam kategori Lelaki Bawah 15 Tahun pada kejohanan sulung Golf Terbuka AmBank Amatur Junior 2012 di Royal Selangor Golf Club.

Pada pusingan akhir Khamis, pemain golf berusia 15 tahun itu melakukan empat pukulan di atas par 76, untuk jumlah keseluruhan 11 pukulan di bawah par 227 bagi tempoh tiga hari, untuk muncul juara.

Rakan sepasukan beliau, Amir Nazrin Jailani menduduki tempat kedua dengan jumlah keseluruhan 18 pukulan di atas par 234 sementara Danial Durisic memperoleh 20 pukulan di atas par 236.

Mereka menerima trofi kejohanan daripada Pengarah Urusan Ambank Berhad (perbankan runcit) Datuk Mohamed Azmi Mahmood.

Bagi kategori Perempuan Bawah 15 Tahun, peserta Filipina Princess Superal muncul juara manakala rakan sepasukannya, Daniella Uy, menduduki tempat kedua.

Peserta Malaysia Siti Zulaikha Shaari hanya mampu menduduki tangga ketiga.

Kategori Lelaki 18 Tahun dimenangi Adam Shaw dari Kanada manakala Dottie Ardina dari Filipina dinobatkan juara Perempuan Bawah 18 Tahun.

KEPUTUSAN AKHIR:

Lelaki (Bawah 15)

227 - Ervin Chang (MAS) 74,77,76

234 - Amir Nazrin Jailani (MAS) 79,77,78

236 - Danial Durisic (MAS) 79,75,82

Perempuan (Bawah 15)

221 - Princess Superal (PHI) 74,74,73

225 - Daniella Uy (PHI) 76,74,75

233 - Siti Zulaikha Shaari (MAS)77,78,78

Lelaki ( Bawah 18 )

213 - Adam Shaw (CAN) 70,75,68

230 - Mohammad Izzad Ibrahim (MAS)75,81,74

230 - Nick Ang Xia Ee(MAS) 74,78,78

Perempuan (Bawah 18)

214 - Dottie Ardina (PHI)71,71,72

221 - Sarah Ababa (PHI)76,72,73

230 - Genevieve Ling I-Rynn (MAS)77,75,78 - BERNAMA

Artikel Lain