suria

Man United Kembali Kuasai Kedudukan Liga

Dua gol jaringan Rooney membawa kemenangan kepada Man United sekaligus mengambil alih kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris.
Dua gol jaringan Rooney membawa kemenangan kepada Man United sekaligus mengambil alih kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris.
Dua gol jaringan Rooney membawa kemenangan kepada Man United sekaligus mengambil alih kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris.

MANCHESTER United merampas kedudukan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan West Bromwich Albion 2-0 di Old Trafford,Ahad.

Saingan perebutan takhta semakin sengit setelah pencabar terdekat, Manchester City terpaksa akur dengan kekalahan di saat akhir (0-1) kepada Swansea di Stadium Liberty.

Dengan itu Man United berjaya mendahului kedudukan dengan kelebihan satu mata (67) sekaligus mengambil alih penguasaan City.

Pada aksi itu, gol kemenangan dilakukan oleh Wayne Rooney pada minit ke-36 dan 71’ (penalti).

Pengurus Man United, Sir Alex Ferguson berkata, aksi pasukannya amat membanggakan biarpun agak lewat untuk mendapatkan jaringan.

“Satu persembahan yang baik. Kami mengambil sedikit masa untuk melakukan gerakan tetapi selepas mendapat rentak, mereka telah menunjukkan situasi yang sangat teruja.

"Kami sepatutnya mampu menjaringkan lebih banyak gol pada perlawanan ini.

“Kami banyak mencipta peluang dan mereka tidak menggunakan dengan baik, namun pemain terus berusaha untuk mencari gol dan ia sangat bagus,” katanya.

Sementara itu, pengurus City, Roberto Mancini berkata, penilaian sebenar siapa juara akan boleh dibuat menjelang tiga perlawanan terakhir.

“Saya rasa penentuan siapa juara masih belum boleh diputuskan dan ia hanya akan berlaku apabila perlawanan liga berbaki tiga.

"Musim ini amat panjang, apa yang terjadi akan terjadi. Kami akan kembali berada di atas pada perlawanan seterusnya. Tidak ada apa yang akan berubah.

“Satu saat yang sukar bagi saya dalam tempoh empat hari yang lalu, tetapi inilah bola sepak. Kadang-kala kamu akan tewas. Saya tidak rasa kami layak kalah dengan perlawanan ini.

“Apa yang boleh saya katakan ialah Swansea bermain dengan baik pada 30 minit pertama,” katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain