suria

Di Matteo Akan Terus Sokong Torres

Di Matteo akan terus membantu Torres untuk mendapatkan jaringan.
Di Matteo akan terus membantu Torres untuk mendapatkan jaringan.
Di Matteo akan terus membantu Torres untuk mendapatkan jaringan.

PENGURUS sementara Chelsea, Roberto Di Matteo yakin dia akan terus membantu Fernando Torres untuk menamatkan kemarau gol pemain bernilai 50 juta pound (RM236 juta).

Di Matteo dilantik menggantikan Andre Villas-Boas yang dipecat minggu lalu, akan memastikan sokongannya bersama Torres yang masih gagal menjaringkan gol dalam tempoh lima bulan dan 25 perlawanan.

“Saya sedia menunggu saat itu.Sabar.Sabar. Dia adalah pemain pasukan ini. Jika bukan dia yang menjaringkan gol dan pemain lain yang mendapatkan gol, ia tidak jadi masalah kepada saya.

“Jika Petr Cech yang jaringkan gol dan kita menang 1-0, saya sudah gembira. Apabila kamu bekerja keras dalam dunia bola sepak, ia akan berhasil.

"Saya menaruh keyakinan sepanuhnya kepada Torres, 100 peratus, 200 peratus...apa saja yang kamu mahu.

“Kami sebuah pasukan dan ia sangat penting. Saya akan menggunakan semua pemain dan cuba membuat pilihan yang sesuai berdasarkan perlawanan.

“Kami mempuyai 20 pemain antarabangsa, jadi bangku kamu itu akan menjadi bangku antarabangsa walaupun sesetengahnya tidak ada di situ,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain