suria

Berbatov Kecewa Jarang Beraksi

PENYERANG Manchester United, Dimitar Berbatov (gambar) mengakui berasa sedikit kecewa di Old Trafford kerana jarang bermain, namun tetap bersedia sekiranya dipanggil untuk beraksi.

Bekas pemain antarabangsa Bulgaria itu hanya beraksi sepuluh perlawanan sahaja musim ini dan selebihnya menjadi ‘pemerhati’.

Jaringan terakhir yang dilakukan ketika menentang Stoke City Januari lalu, tetapi ketika aksi bertemu bekas kelabnya Tottenham Hotspur baru-baru ini, dia tidak disenaraikan.

Situasi ini amat mengecewakan kerana dia menganggap nasibnya akan berubah ketika mula menjejaki ke United selepas berpindah dari Spurs pada tahun 2008.

“Saya hanya bersedia bila-bila masa. Kami mempunyai pasukan yang besar dan perlu tahu kadang-kala kamu tidak akan bermain.

"Ia sangat menyedihkan tetapi kamu perlu tabah dan bersedia sekiranya rakan-rakan pasukan memerlukan pertolongan.

"Kami satu pasukan dan mahu menang bersama,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain