suria

Pasukan Marussia Sedia Bersaing Dalam F1 2012

Glock menjadi pelumba taruhan untuk pasukan Marussia pada perlumbaan F1 musim ini.
Glock menjadi pelumba taruhan untuk pasukan Marussia pada perlumbaan F1 musim ini.
Glock menjadi pelumba taruhan untuk pasukan Marussia pada perlumbaan F1 musim ini.

PASUKAN Marussia telah memperkenalkan jentera Formula Satu (F1) terbaru, MR01 selepas pertama kali mempamerkan aksi di Silverstone, Isnin lalu.

Pasukan Angelo-Rusia itu telah mencuba kehebatan jentera tersebut di Litar Britain untuk pertama kali selepas gagal ujian dalam ujian kemalangan minggu lepas dan turut gagal pada ujian akhir di Barcelona sebelum itu.

“Kami teruja untuk melancarkan kereta baru MR01 buat pertama kalinya hari ini.

"Selepas tempoh kecewa, kami boleh kembali ke litar dan mula pandang ke depan untuk bersaing buat pertama kalinya dalam F1 di Australia minggu depan,” jelas bos pasukan, John Booth dalam satu kenyataan, Rabu.

Jentera MR01 merupakan jentera ke-2 selepas McLaren MP4-27 yang tidak menggunakan platypus-style nose tetapi jentera tersebut masih perlu lulus satu lagi ujian sebelum dibenarkan untuk berlumba.

Pasukan baru yang berpangkalkan di United Kingdom ini buat julung kalinya menyertai perlumbaan F1 2012 dengan cabaran dipikul pelumba veteran, Timo Glock dan pelumba muda Perancis, Charles Pic.

Sebelum ini pasukan Marussia ini dikenali sebagai Marussia Virgin Racing pada 2011 dan Virgin Racing pada tahun 2010.

Artikel Lain