suria

Lima Pelumba Dalamk Senarai pendek PBKM Ke Olimpik

PUTRAJAYA: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) telah menyenarai pendek lima pelumba basikal lebuh raya negara untuk ke Sukan Olimpik, Julai ini.

Presiden Abu Samah Abd Wahab berkata mereka yang disenarai pendek adalah Anuar Manan, Mohd Adiq Hussainie Othman, Amir Mustafa Rusli serta adik-beradik Mohd Harrif Salleh dan Mohd Zamri Salleh.

Katanya daripada lima atlet itu, PKBM akan memilih dua orang untuk menggalas cabaran Malaysia pada temasya sukan terbesar dunia itu di London.

"Kita sudah ada gambaran (siapa yang akan ke Olimpik). Kita akan bincang perkara ini dalam jawatankuasa pemilihan dan keputusannya akan kita ketahui dalam dua minggu ini," katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran Jelajah Malaysia 2012 di sini, Rabu.

Malaysia layak secara merit dan meraih dua tiket ke Olimpik dalam acara lepas beramai-ramai elit lelaki (lebuh raya).

Penyertaan itu merupakan pertama kali dalam arena sukan berbasikal lebuh raya negara sejak 20 tahun lalu.-BERNAMA

Artikel Lain