suria

Guardiola Anggap Messi Unik Dan Satu Anugerah

Guordiola menganggap Messi adalah anugerah.
Guordiola menganggap Messi adalah anugerah.
Guordiola menganggap Messi adalah anugerah.

JURULATIH Barcelona, Pep Guardiola mengakui dia tidak pernah melihat pemain bola sepak berkaliber seperti Lionel Messi sepanjang hidupnya selepas pemain Terbaik Dunia itu menjadi pemain pertama menjaringkan lima gol dalam perlawanan Liga Juara-Juara (CL) awal pagi Khamis.

Messi melenyapkan impian Bayer Leverkusen untuk meraih tiga gol pada aksi kedua 16 pasukan di Stadium Nou Camp dengan menewaskan 7-1 sekali gus mara ke pusingan suku akhir dengan agregat 10-2.

Pemain 24 tahun itu menjaringkan lima gol pada minit ke-25, 42’, 49, 58’ dan 84’, dan dua gol lagi dijaringkan oleh Cristian Tello, minit ke-55,62’.

Manakala gol saguhati Leverkusen dijaringkan pada minit terakhir perlawanan melalui Bellarabi (m-90).

“Kamu tidak akan melihat orang seperti dia sepanjang hidup, begitu juga saya. Kami menjadi saksi pada malam istimewa ini.Dia adalah satu anugerah dan saya selalu boleh beritahu yang saya melatih dia.

“Hanya satu kredit yang boleh diambil iaitu saya selalu menyenaraikan dia dalam barisan utama dan kami hanya mencuba untuk memastikan dia mendapat bola. Selepas itu tugas kami sudah selesai dan terpulang kepada Messi,” jelas Guordiola.

Messi kini mengumpul 12 gol sepanjang aksinya dalam CL dan ada ketika dia berkongsi rekod dengan bekas penyerang Manchester United, Ruud van Nistelrooy. Keseluruhan perlawanan, Messi telah menjaringkan 49 gol.

“Dia mempunyai bakat semulajadi yang unik dan turut mempunyai kebolehan untuk bersaing serta mengajar bagaimana untuk bersaing,” jelas bekas pemain tengah Barca dan Sepanyol ini.

Selain itu, sebelum ini sepuluh pemain berjaya menjaringkan lima gol dalam perlawanan edisi lama Piala Europa, namun Messi telah menjadi pemain pertama sejak Liga Juara-Juara menggantikan kejohanan itu pada musim 1992-93.

Artikel Lain