2,400 Dijangka Sertai Kejohanan Prudential Astro Master 2012 - Sukan | mStar

2,400 Dijangka Sertai Kejohanan Prudential Astro Master 2012

KUALA LUMPUR: Seramai 2,400 pelanggan Astro dijangka menyertai kejohanan golf amatur terbesar di Malaysia, Prudential Astro Masters 2012, mulai 15 Mac hingga 13 September ini.

Timbalan Presiden Jualan Media Astro, Kenneth Teo berkata, kejohanan edisi ke-15 itu meliputi 20 pusingan kelayakan yang akan diadakan di lapangan golf terkemuka di seluruh negara.

"Kami berasa seronok untuk mempersembahkan satu pentas bagi pelanggan-pelanggan Astro menunjukkan bakat," katanya pada perasmian kejohanan itu di Kelab Golf Kuala Lumpur dan Country Resort di sini, Khamis.

Teoh berkata, pusingan pertama akan berlangsung di Kota Permai Golf dan Country Club pada 15 Mac ini manakala pusingan seterusnya di Bukit Jawi GCC di Pulau Pinang, Shan Shui GCC di Tawau dan Horizon Hills GCC di Johor.

"Seramai 40 peserta yang meraih mata tertinggi dari 20 pusingan itu akan dibawa bermain di dua lapangan golf terbaik di Indonesia iaitu Taman Dayu GC (Golf Club) dan Finna GC di Surabaya bagi pusingan akhir pada 13 hingga 16 September," katanya.

Peserta juga berpeluang memenangi sebuah kereta Mercedez Benz C200 CGI jika berjaya melakukan Hole-in-One selain hadiah-hadiah menarik lain.

Borang penyertaan boleh didapati di kelab-kelab golf terlibat atau dimuat turun dari laman web Astro di www.astro.com.my. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zulkifli Galas Cabaran Ke London

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain