suria

Piala FA: Di Matteo Mula Dengan Kemenangan Pertama

Di Matteo menjadi tumpuan pada aksi pusingan kelima Piala FA menewaskan Birmingham, awal pagi Rabu.
Di Matteo menjadi tumpuan pada aksi pusingan kelima Piala FA menewaskan Birmingham, awal pagi Rabu.
Di Matteo menjadi tumpuan pada aksi pusingan kelima Piala FA menewaskan Birmingham, awal pagi Rabu.

PASUKAN Chelsea meraih kemenangan pertama tanpa Andre Villas-Boas yang dipecat Ahad lalu dengan menumpaskan Birmingham City pada aksi pusingan kelima Piala FA Inggeris di St. Andrew awal pagi Rabu.

Setelah terikat tanpa jaringan pada babak pertama, Juan Mata berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-54, manakala gol kedua dijaringkan oleh Raul Meireles, minit ke-60.

Sementara itu pada aksi pertama skuad kendalian Roberto Di Matteo ini, nama Didier Drogba dan Frank Lampard diketepikan selain pemain-pemain yang tercedera termasuk Michael Essien, Daniel Sturridge dan kapten pasukan John Terry serta Ashley Cole yang turut mengalami kecederaan di buku lali.

Fernando Torres dan Salomon Kalou diberi tugas di bahagian serangan bersama Juan Mata.

Bahagian tengah pula diuruskan oleh Ryan Bertrand bersama Cole, Raul Meirels, John Oni, dan Ramires.

Pada pusingan seterusnya, Chelsea bakal bertemu Leicester pada 18 Mac ini di Stamford Bridge.

Senarai pemain: Birmingham: Doyle; Spector, Davies, Ibanez, N’Daw; Redmond, Mutch, Gomis, Elliott; Rooney, Zigic (pemain simpanan): Myhill, Packwood, Valles, Reilly, Burke, Jervis, King

Chelsea: Cech, Ivanovic, Cahill, Luiz, Bertrand, Ramires, Mikel, Meireles, Kalou, Torres, Mata (Pemain simpanan): Hilario, Terry, Essien, Lampard, Sturridge, Drogba, Lukaku

Artikel Sebelum

Artikel Lain