suria

Liga Juara-Juara: Leverkusen Tetap Optimis Kutip Jaringan

Dutt (bertopi) berbincang dengan pemain-pemainnya sebelum menjalani latihan bagi persiapan menentang Barcelona, awal pagi Khamis. Foto: Reuters

BAYERN Leverkusen tetap optimis untuk mengutip tiga gol menjelang perlawanan kedua kelompok 16 pasukan Liga Juara-Juara (CL) bertemu Barcelona awal pagi Khamis.

Selepas tewas 1-3 kepada Barca pada aksi pertama bulan lalu, skuad bimbingan Robin Dutt ini masih positif untuk menang bagi mencerahkan ke aksi ke suku akhir.

“Jika kami meneruskan corak permainan seperti beberapa minggu sebelum ini, saya yakin keputusan akan baik.

"Sudah tentu perlawanan akan sukar untuk menang 3-0 di Barcelona tetapi saya yakin tidak ada yang akan berubah untuk berfikiran begitu.

“Kami perlu bekerja keras kerana seramai 4,000 penyokong akan mengikuti kami ke Barcelona dan jika layak atau tidak, skuad perlu menunaikan janji untuk melakukan yang terbaik,” jelas Dutt.

Sementara itu, pengurus Barca, Pep Guardiola berkata, pasukannya masih perlu diperbaiki.

“Mungkin sesetengah orang menganggap Leverkusan sebagai mangsa dan memandang rendah kepada mereka, tetapi tidak bagi kami.

"Masih banyak lagi perkara yang perlu disiapkan menjelang perlawanan ini terutama sekali dari segi hantaran sudut,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain