suria

Mourinho Pilihan Utama Ganti Villas-Boas

Mourinho menjadi tumpuan utama menggantikan Villas-Boas.
Mourinho menjadi tumpuan utama menggantikan Villas-Boas.
Mourinho menjadi tumpuan utama menggantikan Villas-Boas.

KELAB Chelsea dijangka akan memikat Jose Mourinho ataupun Pep Guardiola untuk mengambil alih tugas di Stamford Bridge musim panas ini bagi menggantikan Andre Villas-Boas yang dipecat pada Ahad selepas 256 hari menjadi pengurus pasukan.

Villas-Boas dipecat 24 jam selepas skuad kendalian kalah 0-1 kepada West Bromwich Albion Sabtu lalu setelah pemilik kelab, Roman Abramovich bersama Pengarah Kelab, Eugene Tenenbaum dan Ketua Eksekutif, Ron Gourlay mengadakan perbincangan.

Pengurus 34 tahun tiba di Stamford Bridge lapan bulan lalu dengan 40 perlawanan telah dipecat secara rasminya, dan dijangka jurulatih kecergasan pasukan utama, Jose Mario Rocha serta Daniel Sousa akan meninggalkan kelab ini.

Manakala pembantu jurulatih, Roberto Di Matteo dilantik menjadi pengurus sehingga tamat musim ini.

Bekas pengendali West Bromwich ini akan menjalankan tugas pertamanya dengan membawa pasukan menentang Birmingham City dalam aksi Piala FA pusingan kelima di St Andrew nanti.

Dengan itu, proses mencari pengganti Villas-Boas tertumpu kepada pengurus Real Madrid, Mourinho dan pengurus Barcelona, Guordiola.

Guardiola yang telah bersetuju menyambung kontraknya dengan Barca menjadi impian Abromich untuk berpindah ke London dan sudah pasti jika keputusan dibuat, dia perlu melakukan persiapan sebaik mungkin bagi menghadapi sebarang kemungkinan ketika berada di kelab ini.

Dalam pada itu, kemungkinan besar untuk melihat Mourinho kembali ke Stamford Bridge agak cerah kerana sebelum ini dia pernah membawa The Blues (2004-08) merangkul dua gelaran Liga Perdana dan Piala FA sepanjang tiga musim kendaliannya.

Pengendali Madrid yang kini sedang menguasai kedudukan teratas La Liga pernah menyuarakan minat untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris dan pada bulan lalu dia dilaporkan sedang mencari rumah di London.

Bagaimanapun hubungan baik dengan Abramovic sejak kebelakangan adalah untuk memastikan segalanya berjalan lancar, lebih-lebih lagi dalam urusan bola sepak serta memastikan polisi perpindahan memuaskan jika dia setuju kembali ke sini.

Pun begitu segala keputusan terpulang kepada Abramovich berdasarkan kos yang ada selepas menghabiskan lebih kurang £13.3 juta (RM 53juta) kepada Porto untuk mendapatkan khidmat Villas-Boas musim lalu.

Sementara itu, Abramovich, Tenenbaum dan Gourlay turut bersama Pengarah Teknikal, Michael Emelano di bilik persalinan bersama pemain dan berbincang mengenai ketidakpuasan prestasi pasukan semalam (Ahad).

Pada masa itu, Villas-Boas tidak berada bersama mereka, namun sebelum itu dia telah bertemu dengan beberapa kakitangan kelab dan pemain.

"Ahli lembaga kelab meluahkan penghargaan di atas kerja kerasnya sepanjang berada di sini serta kecewa kerana hubungan berakhir dengan cepat.

“Malang sekali keputusan dan prestasi pasukan tidak memuaskan dan tidak menunjukkan sebarang perubahan pada saat-saat penting ini,” jelas satu kenyataan kelab.

Selain itu, pemain tengah, Juan Mata turut menulis entri di Facebooknya: "Ia bukan sesuatu yang mudah bagi sesetengah orang, seperti saya yang menjadi sebahagian daripada Chelsea.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengurus dan selamat maju jaya. Kami perlu terus bekerja keras dan hari baik akan tiba. Terima kasih di atas sokongan!”.

Artikel Sebelum

Artikel Lain