suria

Villa-Boas Dipecat Sebagai Pengurus Chelsea

Villas-Boas dipecat sebagai pengurus The Blues dan digantikan dengan pembantunya, Roberto di Matteo (kanan).
Villas-Boas dipecat sebagai pengurus The Blues dan digantikan dengan pembantunya, Roberto di Matteo (kanan).
Villas-Boas dipecat sebagai pengurus The Blues dan digantikan dengan pembantunya, Roberto di Matteo (kanan).

ANDRE Villa-Boas dipecat sebagai pengurus di Kelab Bola Sepak Chelsea, Ahad.

Menurut laman web kelab, www.chelseafc.com berkata:

"Ahli lembaga kelab meluahkan penghargaan di atas kerja kerasnya sepanjang berada di sini serta kecewa kerana hubungan berakhir dengan cepat.

"Malang sekali keputusan dan prestasi pasukan tidak memuaskan dan tidak menunjukkan sebarang perubahan pada saat-saat penting ini.

"Pasukan masih beraksi dalam Liga Juara-Juara, Piala FA selain berusaha untuk merebut kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Dengan itu, kami mengambil langkah ini untuk melakukan perubahan segera.

"Roberto Di Matteo dilantik menjadi jurulatih pasukan utama sehingga tamat musim ini dengan serta merta".

Villas-Boas ini menjadi pengurus ketujuh yang dipecat pemilik kelab, Roman Abramovich sejak membeli kelab ini pada tahun 2003.

Senarai bekas pengurus Chelsea:

1. Claudio Ranieri : 15 Sept 2000 hingga 31 Mei 2004

2. Jose Mourinho: 2 Jun 2004 hingga 20 Sept 2008

3. Avram Grant: 21 Sept 2007 hingga 24 Mei 2008

4. Luis Felipe Scolari : 11 Jun 2008 hingga 9 Feb 2009

5. Guus Hiddink: 11 Feb 2009 hingga 30 Mei 2011

6. Carlo Ancelotti : 22 Jun 2011 hingga 4 Mac 2011

7. Andre Villas-Boas: 22 Jun 2011 hingga 4 Mac 2012

Artikel Lain