suria

Man United Benam Spurs 3-1

Young menjaringkan dua gol ketika menentang Spurs awal pagi Isnin.
Young menjaringkan dua gol ketika menentang Spurs awal pagi Isnin.
Young menjaringkan dua gol ketika menentang Spurs awal pagi Isnin.

MANCHESTER United kembali merapatkan jurang dengan pendahulu liga (Manchester City), selepas berjaya membenam Tottenham Hotspur 3-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi Isnin.

Wayne Rooney berjaya memecah kebuntuan perlawanan apabila menyumbat gol pertama pada minit terakhir babak pertama dan ditambah dua gol oleh Ashley Young minit ke-60 dan 69.

Manakala gol saguhati tuan rumah dijaringkan oleh Defoe minit ke-87.

“Satu persembahan yang menarik yang ditunjukkan oleh Tottenham dan mungkin taktik kami salah pada separuh masa pertama.

"Manakala pada babak kedua kami bertambah baik dalam memberi tekanan kepada empat pemain lawan di barisan belakang dan tidak memberi ruang kepada mereka.

“Selepas mendapat gol kedua, keadaan semakin baik. Kami mendapat sidikit tuah dengan menjaringkan gol tepat pada masanya.

"Ia adalah perlawanan penting, malah prestasi pemain sangat memberangsangkan,” jelas pengurus pasukan, Sir Alex Ferguson.

Artikel Lain