suria

Kelantan Tewaskan N.Sembilan 2-1

KOTA BAHARU: Kelantan menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini, malam Ahad.

Kelantan yang bermula garang di hadapan penyokong sendiri tidak perlu menunggu lama apabila memperoleh gol pertama seawal minit ke-2 hasil rembatan kencang ketua pasukan Mohd Badri Radzi.

Gol pembuka semangat itu menyaksikan pasukan The Red Warriors terus mengasak namun beberapa percubaan tidak membuahkan hasil.

Negeri Sembilan kemudian menyamakan kedudukan apabila tandukan Shakir Ali pada minit ke-53 menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Hasrat pasukan pelawat itu untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata bagaimanapun tidak kesampaian apabila S. Chanturu menjaringkan gol kemenangan Kelantan pada minit terakhir perlawanan. - BERNAMA

Artikel Lain