suria

Tiga Pelumba Sertai Kejohanan Trek Remaja Dunia Di New Zealand Ogos Ini

KUALA LUMPUR: Tiga atlet pelapis berbasikal negara akan menggalas cabaran negara pada Kejohanan Trek Remaja Dunia di Invercargill, New Zealand pada Ogos ini, kata Majlis Sukan Negara (MSN).

Pengarah Cawangan Pelapis MSN, Jefri Ngadirin berkata tiga atlet berkenaan ialah Ummi Hamimah Mohamad, Muhamad Firdaus Suahrdi dan Malek Marcus McCrone.

Kejohanan remaja itu akan diadakan di Velodrom ILT, Invercargill, dari 22 hingga 26 Ogos ini dan dijangka disertai oleh 400 pelumba dari lebih 30 buah negara.

Dalam perkembangan lain, Jefri berkata seramai 22 atlet pelapis kebangsaan telah dinaik taraf sebagai atlet elit berikutan pencapaian mereka yang cermelang di beberapa kejohanan sepanjang tahun lepas.

"Mereka mula diserapkan ke cawangan elit mulai bulan lepas dan tempat mereka di unit pelapis akan diisi oleh atlet pelapis negeri," katanya ketika dihubungi oleh Bernama di sini, Jumaat.

Daripada jumlah 22 atlet itu, tujuh adalah dari sukan angkat berat, tiga masing-masing dari acara berbasikal dan menembak, dua masing-masing dari acara wushu, boling, terjun, sukan layar dan satu dari acara karate (Kata). - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain