Villas-Boas Akui Takut Dipecat - Sukan | mStar

Villas-Boas Akui Takut Dipecat

PENGURUS Chelsea, Andre Villas-Boas (gambar) tidak pasti sama ada dia dilindungi pemilik kelab, Roman Abromovich atau mengikuti jejak langkah Carlo Ancelotti yang dipecat sebelum ini.

“Kami berada dalam situasi yang sama seperti tahun lalu. Ia memang sama.

"Saya rasa ada keyakinan terhadap Abramovich tapi...sikap pemilik kelab memang sudah diketahui bagi semua jurulatih di kelab ini.

“Apa yang akan berlaku? Hanya satu sahaja yang akan terjadi sama ada akan meneruskan projek dengan sokongan penuh dan satu lagi akan berlaku situasi yang sama sebelum ini. Kami tidak tahu,” katanya.

Villas-Boas merupakan jurulatih ketujuh yang dilantik kelab yang dimilik jutawan Rusia ini sejak Abramovich mengambil alih pada tahun 2003.

Artikel Sebelum

Rooney Tidak Tersenarai Dalam Skuad England

Artikel Berikut

Wakil Inasoc Jumpa MOM Rabu Ini

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Ibu muda lahirkan bayi kembar tujuh