suria

Kecederaan Buku Lali, Bent Rehat 12 Minggu

ASTON Villa mengumumkan Darren Bent (gambar) terpaksa direhatkan kerana mengalami kecederaan buku lali kaki kirinya ketika aksi menentang Wigan minggu lalu.

Bent terpaksa diusung keluar padang pada perlawanan yang berkesudahan seri 0-0 dan dia bakal direhatkan lebih kurang 12 minggu.

Bagaimana pun pihak kelab masih belum pasti sama ada pemain antarabangsa England itu perlu menjalani pembedahah atau tidak.

Kecederaan ini juga sekali gus memberi tamparan buat Bent yang pastinya tidak akan beraksi pada perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Belanda Rabu ini, malah pada pusingan akhir Euro 2012 di Poland dan Ukraine Jun ini.

Bent menjadi salah seorang pemain sandaran bagi England selepas Wayne Rooney tidak dapat beraksi kerana digantung dua perlawanan pada pembukaan Euro itu nanti.

“Darren Bent telah menjalani rawatan imbasan kecederaan tersebut pada Isnin dan dia terpaksa berehat 12 minggu.

“Dr Ian McGuinness dan pihak perubatan kelab telah memaklumkan kepada pasukan perubatan England mengenai kecederaan ini.

"Dia mungkin akan dipantau dalam tempoh seminggu untuk memastikan sama ada perlu menjalani pembedahan atau tidak,” jelas satu kenyataan kelab, Selasa.

Bent merupakan ayam tambatan Villa selepas menjaringkan sembilan gol dalam 22 perlawanan musim ini.

Aston Villa, Darren Bent, Wigan, Euro 2012

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain