suria

Rooney Tidak Tersenarai Dalam Skuad England

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson mengesahkan Wayne Rooney tidak tersenarai dalam pasukan England menjelang perlawanan persahabatan dengan Belanda pada 29 Februari ini.

Rooney masih mengalami jangkitan di bahagian tekak sejak minggu dan penyerang ini turut tidak beraksi pada aksi Liga Europa bertemu Ajax minggu lalu serta aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Norwich pada malam Isnin.

"Wayne masih belum sembuh daripada masalah tekaknya. Kami berharap dia akan baik menjelang Ahad ini kerana pasukan akan berdepan dengan perlawanan penting, menentang Tottenham Hotspur," kata Ferguson.

Pasukan England yang dikendalikan Stuart Pearce bakal bertemu Belanda di Stadium Wembley Rabu ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain