Shabery Cheek Minta Dedahkan Kes Rasuah - Sukan | mStar

Shabery Cheek Minta Dedahkan Kes Rasuah

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu lebih banyak kes berkaitan rasuah dan mengatur perlawanan bola sepak didedahkan bagi membendung kegiatan itu.

"Ini (rasuah) boleh menghancurkan industri bola sepak itu sendiri. Saya harap lebih banyak pendedahan dibuat dan apa yang penting keyakinan orang ramai terhadap bola sepak negara tidak luntur," katanya selepas merasmikan majlis prapelancaran Ekspo Industri Sukan Malaysia di sini, Jumaat.

Beliau diminta mengulas mengenai penggantungan enam pemain skuad Piala Presiden Johor FC yang disyaki terbabit dengan kegiatan mengatur perlawanan.

Ahmad Shabery yang mengakui terkejut dengan laporan itu, turut memuji tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang menubuhkan jawatankuasa bebas untuk menyiasat kes berkenaan selain bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Enam pemain Johor FC digantung serta merta semalam selepas kelab itu mendapati terdapat unsur mengatur perlawanan pada pertemuan mereka menentang Perlis di Stadium Pasir Gudang, Johor Baharu Khamis lalu.

Perlawanan itu menyaksikan Johor FC menewaskan Perlis 3-0, satu-satunya kemenangan selepas mereka tewas kepada Perak 0-2, Angkatan Tentera Malaysia 0-1 dan Majlis Perbandaran Muar 0-1.

Skuad itu tewas sekali lagi ketika menentang Terengganu 1-3 selepas mencatat kemenangan ke atas Perlis. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Shabery Cheek Minta Dedahkan Kes Rasuah

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain