Nasib Josiah Dan Azizulasni Ke Olimpik Ditentu 16 April - Sukan | mStar

Nasib Josiah Dan Azizulasni Ke Olimpik Ditentu 16 April

KUALA LUMPUR: Pemilihan pelumba basikal kategori keirin lelaki antara Josiah Ng dan Azizulhasni Awang untuk mewakili Malaysia pada Sukan Olimpik London 2012 akan diputuskan 16 April ini.

Timbalan Presiden PKBM Datuk Naim Mohamad berkata keputusan pemilihan dua atlet itu akan dimaklumkan selepas mereka menghadapi Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Melbourne pada 4 hingga 8 April ini. "Kita akan menghantar lima atlet berbasikal iaitu dua bagi kategori lebuh raya, keirin lelaki dan wanita serta pecut lelaki pada Sukan Olimpik nanti. Josiah dan Azizul merupakan pilihan bagi kategori keirin.

"Memandangkan hanya satu tempat diperuntukkan bagi setiap negara untuk kategori keirin pada Sukan Olimpik, kedua-dua pelumba itu perlu berusaha sedaya upaya mempertingkatkan prestasi di atas trek," katanya.

Naim berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Biasiswa Yayasan Sime Darby (YSD) kepada pelumba basikal wanita negara Fatehah Mustapa di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara di sini, Rabu.

Fatehah, 23, hari ini menerima biasiswa RM400,000 dari yayasan itu untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pemasaran Perniagaan separuh masa di Universiti Victoria di Melbourne, Australia selama enam tahun. Anugerah disampaikan anggota majlis Yayasan Sime Darby Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. Turut hadir pada majlis itu ialah ibu bapa Fatehah, Mustapa Kassim dan Esah Isa.

Fatehah, ketika ditemui berkata beliau sangat gembira dengan tawaran biasiswa itu dan yakin dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai pelajar dan atlet dengan penuh berdispilin.

Fatehah yang juga bakal mengalas cabaran mewakili negara ke Sukan Olimpik bagi kategori keirin wanita, berkata beliau akan berusaha untuk meraih pingat buat negara walaupun akur dengan kehebatan pelumba dari negara lain.

Sementara itu ketua jurulatih negara John Beasley berkata beliau yakin Fatehah mampu memberi pingat pertama bagi kategori keirin wanita pada sukan Olimpik di London nanti.

Fatehah Mustapa mencipta sejarah dalam sukan berbasikal tanah air apabila muncul sebagai pelumba wanita pertama memenangi pingat emas dalam acara Keirin elit wanita pada Kejohanan Berbasikal Asia ke-32 di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras baru-baru ini. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Liga Europa: Rooney Tidak Beraksi, Sakit Tekak

Artikel Berikut

Tevez Boleh Beraksi Tidak Lama Lagi: Mancini

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain