suria

Liga Europa: Rooney Tidak Beraksi, Sakit Tekak

Rooney tidak beraksi menjelang Man United bertemu Ajax awal pagi Jumaat.
Rooney tidak beraksi menjelang Man United bertemu Ajax awal pagi Jumaat.
Rooney tidak beraksi menjelang Man United bertemu Ajax awal pagi Jumaat.

PENYERANG Manchester United, Wayne Rooney disahkan tidak dapat beraksi menjelang pertemuan menentang Ajax pada saingan Liga Europa kerana mengalami sakit tekak.

Rooney yang tidak turun menjalani latihan pada Rabu petang direhatkan pada pusingan kedua kelompok 32 pasukan terakhir selepas pasukannya menang 2-0 pada aksi pertama di Amsterdam baru-baru ini.

“Rooney tidak bersama skuad pada perlawanan esok. Dia mengalami sakit tekak yang teruk selepas dikesan ketika berada di Amsterdam Khamis lepas,” jelas pengurus pasukan, Sir Alex Ferguson.

Dengan ketiadaan Rooney, Tom Cleverley dijangka akan bermain selama 90 minit.

“Harapnya Tom akan bermain sepenuhnya esok. Dia sudah kembali dan gembira melihatnya berada dalam skuad.

"Dia telah memberi kami kelebihan di bahagian tengah, yang mana kawasan itulah yang merisaukan sesetengah orang. Begitu juga Anderson yang turut berada dalam skuad,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain