suria

CSKA Moscow, Real Sekadar Seri

Pontus Wernbloom (dua, kiri) menjaringkan gol penyamaan menentang Real Madrid pada minit ke-90.
Pontus Wernbloom (dua, kiri) menjaringkan gol penyamaan menentang Real Madrid pada minit ke-90.
Pontus Wernbloom (dua, kiri) menjaringkan gol penyamaan menentang Real Madrid pada minit ke-90.

JARINGAN lewat Pontus Wernbloom membantu CSKA Moscow mengikat kedudukan 1-1 dengan Real Madrid pada saingan kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah di Stadium Luzhniki, awal pagi Rabu.

Anak buah Pengurus Jose Mourinho dilihat berada pada kedudukan selesa untuk memenangi saingan itu selepas Cristiano Ronaldo menjaringkan gol tunggal Real pada minit ke-28.

Ia merupakan gol ke-122 Ronaldo dalam 124 penampilan bersama Real.

Walaupun terikat seri, Real masih dianggap pasukan pilihan untuk meneruskan kemaraan ke suku akhir dengan pertemuan kedua dijadualkan berlangsung pada 14 Mac depan di Bernabeu.

Perlawanan tersebut disaksikan kira-kira 70,000 penonton dalam keadaan cuaca sejuk.

Ketangkasan penjaga gol CSKA, Sergey Chepchugov wajar diberi pujian apabila beliau berjaya menyelamatkan beberapa percubaan yang dilakukan Sergio Ramos dan Ronaldo pada separuh masa pertama.

Chepchugov dipanggil untuk menggalas tugas penjaga gol pilihan pertama CSKA, Igor Akinfeev yang masih bergelut dengan kecederaan lutut.

Senarai pemain:

Real Madrid: Casillas, Pepe, Ramos, Coentrão, Arbeloa, Khedira, Özil, Alonso, Ronaldo, Kaká, Benzema. Pemain gantian: Adán, Carvalho, Marcelo, Varane, Granero, Callejón, Higuaín

CSKA: Chepchugov, Ignashevich, Aleksei Berezutski, Vasili Berezutski, Schennikov, Wernbloom, Dzagoev, Musa, Tošić, Aldonin, Doumbia. Pemain gantian: Revyakin, Šemberas, Honda, Rahimić, Oliseh, Kim In-Sung, Necid

Gelanggang: Stadium Luzhniki

Artikel Lain