suria

Chelsea Perlu Atasi Defisit Dua Gol Di Stamford Bridge

Penyerang Napoli, Lavezzi (kiri) meraikan jaringannya bersama dengan rakan sepasukan ketika pertemuan menentang Chelsea dalam kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi Rabu.

CHELSEA perlu berusaha lebih keras untuk mengatasi defisit dua gol ketika pertemuan kedua kelompok 16 pasukan terbaik saingan Liga Juara-Juara Eropah di Stamford Bridge selepas tewas 1-3 kepada Napoli di Stadio San Paolo, awal pagi Rabu.

Peluang beraksi di gelanggang sendiri nanti perlu dimanfaatkan sepenuhnya, jika anak buah kendalian Pengurus Andre Villas-Boas itu mahu meneruskan saingan di peringkat suku akhir kejuaraan Eropah.

Pemain tengah, Juan Mata membuka jaringan awal untuk The Blues pada minit ke-27 sebelum kelab Itali itu berada pada kedudukan selesa menerusi jaringan Ezequiel Lavezzi dan Edinson Cavani sebelum tamat babak pertama.

Lavezzi melengkapkan gol ketiga Napoli untuk membantu pasukan itu memiliki kelebihan dua gol ketiga bertandang ke Stamford Bridge bulan depan.

Chelsea beraksi tanpa kelibat kapten John Terry yang terpaksa diketepikan beberapa minggu selepas menanggung kecederaan lutut.

Sementara itu, Villa-Boas yakin beliau akan terus mengemudi Chelsea pada perlawanan kedua 14 Mac depan.

"Ya, sudah pasti saya akan terus membimbing Chelsea," katanya.

Kelab Inggeris itu hanya memenangi dua daripada 10 perlawanan Liga Perdana Inggeris terakhir mereka musim ini.

Senarai pemain:

Napoli: De Sanctis, Aronica, Campagnaro, Cannavaro, Maggio, Hamsik, Zuniga, Gargano, Inler, Cavani, Lavezzi. Pemain gantian: Rosati, Grava, Dossena, Dzemaili, Fernandez, Pandev, Britos

Chelsea: Cech, Ivanovic, Luiz, Cahill, Bosingwa, Ramires, Meireles, Malouda, Mata, Drogba, Sturridge. Pemain gantian: Turnbull, Cole, Essien, Lampard, Torres, Mikel, Kalou

Gelanggang: Stadio San Paolo

Pengadil: Carlos Velasco Carballo (Sepanyol)

Artikel Lain