suria

Yakeb Bantu Atlet Jadi Jurulatih

KUALA LUMPUR: Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) akan membantu anggotanya yang terdiri daripada bekas atlet negara untuk dilantik sebagai jurulatih walaupun tidak memiliki kelulusan atau lesen kejurulatihan.

Pengerusinya Datuk Jamil Salleh berkata langkah tersebut untuk menghargai jasa dan pengorbanan bekas atlet dalam mengharumkan nama negara kerana tidak semua atlet yang bersara mempunyai kerja atau pendapatan tetap.

"Bekas atlet boleh ditempatkan sebagai jurulatih di sekolah-sekolah atau Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta. Mereka mungkin tidak memiliki sijil atau lesen tetapi berpengalaman luas," katanya dalam kenyataan, Isnin.

Jamil yang menjadi pengerusi YAKEB sejak Oktober tahun lepas, turut memperkenalkan program `Turun Padang' yang bertujuan mencari lebih ramai bekas atlet untuk didaftarkan sebagai anggota yayasan tersebut.

Bermula di Melaka pada awal tahun ini, program tersebut diadakan di Kedah (Januari), Kluang (Johor) pada minggu lepas dan Perak bulan depan, kata beliau.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain