suria

Liga Juara-Juara: Villas-Boas Berpeluh Sebelum Bertemu Napoli

PENGURUS Chelsea, Andre Villas-Boas (gambar) bakal berdepan dengan dugaan besar kariernya dalam menempuh saingan pusingan kelima Liga Juara-Juara (CL) menentang Napoli Selasa ini.

“Kamu perlu persediaan mental untuk mendapatkan keyakinan dan keputusan berbeza.

"Ini kerana ia adalah sukan bola sepak dan kadang-kala keputusan berlaku begitu sahaja tanpa diduga.

"Napoli adalah pasukan kuat tetapi kami juga kuat,” katanya.

Kedudukan jurulatih berusia 34 tahun ini tergugat apabila pasukannya kini berada di tangga kelima Liga Perdana Inggeris yang terus menjadi persoalan sama ada dia mampu membawa Chelsea layak pada cabaran CL musim depan.

Barisan kemungkinan pemain:

Napoli: 1-Morgan De Sanctis; 2-Gianluca Grava, 28-Paolo Cannavaro, 85-Miguel Britos; 11-Christian Maggio, 23-Walter Gargano, 88-Gokhan Inler, 8-Andrea Dossena; 17-Marek Hamsik, 22-Ezequiel Lavezzi; 7-Edinson Cavani

Chelsea: 1-Petr Cech; 2-Branislav Ivanovic, 4-David Luiz, 26-John Terry, 3-Ashley Cole; 7-Ramires, 12-John Obi Mikel, 8-Frank Lampard; 10-Juan Mata, 23-Daniel Sturridge; 11-Didier Drogba

Pengadil: Carlos Velasco Carballo (Sepanyol)

Artikel Lain