suria

FAP Adakan Sesi Pemilihan Di Padang Sony, Jumaat Ini

GEORGE TOWN: Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) akan mengadakan sesi pemilihan pemain-pemain bagi pasukan bawah 19 tahun musim 2012 di Padang Sony, Seberang Jaya dekat sini Jumaat ini.

Pegawai Tadbir FAP Hamzah Mohd Ismail berkata sesi pemilihan itu bertujuan memberi peluang kepada anak-anak Pulau Pinang yang berpotensi dan berminat dalam bola sepak mewakili pasukan negeri.

Pemilihan ini terbuka kepada mereka yang lahir pada tahun 1993 dan selepas tahun berkenaan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Mereka yang berminat boleh menghadiri sesi pemilihan berkenaan pada pukul 4 hingga 6 petang. - BERNAMA

Artikel Lain