suria

Bekas Pengurus QPR Neil Warnock Kini Pimpin Leeds Utd

LONDON: Bekas pengurus QPR yang disingkir, Neil Warnock telah dilantik sebagai pengurus Leeds United yang baru.

Warnock telah menandatangani kontrak sebagai pengurus Leeds sehingga ke musim 2012-13.

Pengurus veteran berusia 63 tahun itu dipecat oleh Tan Sri Tony Fernandes bulan lalu selepas beberapa siri keputusan yang tidak memberansangkan.

Beliau kini mengantikan Simon Grayson di Leeds.

Leeds adalah bekas juara liga perdana Inggeris pada era Eric Cantona dan bekas pengurus Wales mendiang Gary Speed bermain untuk kelab tersebut tetapi kini tersingkir di Divisyen Satu.

Misi Warnock kini ialah untuk membawa kembali Leed ke liga perdana sepertimana yang dilakukannya bersama QPR pada musim lalu.

Malah pada masa-masa yang lalu, Warnock juga berjaya membawa kelab-kelab lama seperti Notts County dan Sheffield United kembali ke liga perdana selain QPR.

Artikel Berikut

Adiq Husainie Raih Pingat Perak

Artikel Lain