suria

Kim Swee Tagih Pemain Bagi Saingan Sengit

Kim Swee (kiri) tagih anak buahnya pamer permainan terbaik pada aksi menentang Jepun Rabu depan.Foto: NORMAN HIU/The Star.
Kim Swee (kiri) tagih anak buahnya pamer permainan terbaik pada aksi menentang Jepun Rabu depan.Foto: NORMAN HIU/The Star.
Kim Swee (kiri) tagih anak buahnya pamer permainan terbaik pada aksi menentang Jepun Rabu depan.Foto: NORMAN HIU/The Star.

PENGENDALI skuad Harimau Muda A, Ong Kim Swee mahu memastikan barisan pemainnya beraksi dengan penuh semangat dalam baki dua perlawanan Kelayakan Sukan Olimpik 2012 bagi Kumpulan C menentang Jepun dan Syria pada 22 Februari dan 14 Mac ini.

Biarpun peluang untuk menjejak kaki ke Kota London sudah terkubur selepas tewas kepada Bahrain 1-2 pada pada perlawanan timbal balik baru-baru, Kim Swee tetap positif dan tidak patah semangat untuk meneruskan dua baki perlawanan kelayakan ini.

“Mereka perlu bermain bersungguh-sungguh dan kita tidak boleh membiarkan pasukan lawan menang mudah. Walaupun sedar peluang untuk mara ke Olimpik sudah tertutup tetapi baki perlawanan ini sangat penting kerana ia boleh dianggap sebagai pendedahan untuk ke peringkat seterusnya.

“Sekurang-kurangnya kita mampu mengutip mata pada pertemuan kedua nanti. Jepun dan Syria sekarang berkongsi sembilan mata. Kita tidak akan bagi laluan senang dan akan berlawan habis-habisan,” jelas jurulatih kelahiran Melaka ini.

Menjelang pertemuan dengan negara Matahari Terbit Rabu depan, seramai 23 orang pemain telah mula melaporkan diri menjalani latihan dan pemilihan sejak Selasa lalu.

Empat perlawanan sebelum ini menyaksikan anak buah Kim Swee tewas pada perlawanan pertama 0-2 kepada Jepun, 0-2 kepada Syria, 2-3 dan 1-2 (perlawanan kedua) kepada Bahrain.

Malaysia diundi berada dalam Kum C bersama Jepun, Syria dan Bahrain.

Senarai pemain: Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Zubir Mohd Azmi, Mohammad Muslim Ahmad, Gurusamy Govandar a/l Kadasamy, Ahmad Shakir Ali, Shahrul Mohd Saad, Mohd Affize Faisal, Mahalli Jasuli, Mohamad Amer Saidin, Mohd Fandi Othman, Mohd Irfan Fazail, Mohd Izham Tarmizi, Syahrul Azwari Ibrahim, Mohd Shahril Bin Sa’ari, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Muhammad Izuan Mohd Salahuddin, Thamil Arasu Ambumamee, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Mohd Ferris Danial Mat Nasir, Mohd Azzizan Nordin, Ahmad Fakri Saarani, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham

Artikel Berikut

Artikel Lain