suria

Young, Hernandez Beri Kemenangan Kepada Man United

Young menjaringkan gol pertama perlawanan menentang Ajax pada saingan Liga Europa, awal pagi Jumaat.
Young menjaringkan gol pertama perlawanan menentang Ajax pada saingan Liga Europa, awal pagi Jumaat.
Young menjaringkan gol pertama perlawanan menentang Ajax pada saingan Liga Europa, awal pagi Jumaat.

DUA gol yang dihasilkan oleh Ashley Young dan Javier Hernandez memberi kemenangan kepada Manchester United 2-0 ke atas Ajax Amsterdam pada perlawanan Liga Europa awal pagi Jumaat.

United yang dilhat mempamerkan permainan perlahan pada separuh masa pertama telah membuka peluang kepada Ajax untuk mencipta beberapa peluang bahaya dengan Siem De Jong nyaris menjaringkan gol, namun telah diselamatkan oleh David De Gea.

“Keputusan lebih baik daripada persembahan. Saya telah melakukan beberapa perubahan dalam pasukan dengan Young, Nani dan Jones, tetapi ia sangat mengecewakan pada babak pertama.

“Kami tidak cukup bekerja keras, manakala Ajax telah menyukarkan barisan pemain dengan corak permainan mereka.

"Paling penting kamu tidak boleh merungut apabila telah menang 2-0 di Europa,” kata pengurus pasukan, Sir Alex Ferguson.

Young menjaringkan gol pada minit ke-59 manakala jaringan kedua hadir pada minit ke-85 perlawanan.

Artikel Berikut

AC Milan Benam Arsenal 4-0

Artikel Lain