Malaysia Terus Mara Rebut Piala Thomas Selepas Tewaskan India 3-0 - Sukan | mStar

Malaysia Terus Mara Rebut Piala Thomas Selepas Tewaskan India 3-0

MALAYSIA terus bersaing untuk merebut Piala Thomas apabila pasukan negara mara ke separuh akhir menewaskan India 3-0 pada suku akhir kelayakan di Macau pada Khamis.

Kecemerlangan negara diperoleh menerusi mata pertama apabila jaguh Datuk Lee Chong Wei dalam perlawanan perseorangan menewaskan Ajay Jayaram dengan 21-12,17-21,21-8.

Mata kedua pula diatasi oleh regu Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong terhadap lawannya, Rupesh Kumar KT dan Sanave Thomas, 21-14, 23-21.

Mengubat kekecewaan pada perlawanan dengan Korea pada Rabu, Muhammad Hafiz Hashim bagaimanapun berjaya mencatatkan kemenangan bagi mata ketiga dengan mengetepikan Kashyap Parupalli, 21-17, 18-21, 21-11.

Pasukan negara akan bertemu Jepun dalam perlawanan separuh akhir pada Jumaat pukul 6.30 petang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Zainuddin Maidin meninggal dunia

Enam lagi ahli Parlimen Umno keluar parti