suria

Kelayakan Piala Asia 2013 : Kim Swee Puas Hati

Pengarah Pasukan Pertandingan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Shin Man Gil mencabut undi untuk Malaysia majlis cabutan undian kelayakan Piala Asia 2013 AFC Bawah 22 di Rumah AFC, Selasa. Foto: BERNAMA
Pengarah Pasukan Pertandingan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Shin Man Gil mencabut undi untuk Malaysia majlis cabutan undian kelayakan Piala Asia 2013 AFC Bawah 22 di Rumah AFC, Selasa. Foto: BERNAMA
Pengarah Pasukan Pertandingan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Shin Man Gil mencabut undi untuk Malaysia majlis cabutan undian kelayakan Piala Asia 2013 AFC Bawah 22 di Rumah AFC, Selasa. Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee berpuas hati dengan undian Kelayakan Piala Asia 2013 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 22 Tahun apabila pasukan Malaysia diundi bersama Korea Selatan, Vietnam, Myanmar, Taiwan dan Filipina bagi Kumpulan G.

Menurut Kim Swee, peluang pasukan Malaysia berada dalam kumpulan yang seimbang untuk meraih kelompok kedua di peringkat kumpulan.

“Peluang untuk berada di kelompok kedua teratas lebih terbuka, namun kita perlu sedar beberapa pasukan lain seperti Korea Selatan, Myanmar dan Vietnam perlu diberi perhatian kerana mereka mempunyai sejarah tersendiri dalam sukan bola sepak di peringkat Asia.

“Kejohanan ini amat penting kerana ia adalah persediaan untuk ke Sukan Olimpik 2016 di Brazil dan ini peluang terbaik kerana jika kita layak ke Piala Asia (B-22) tahun depan, ini bermakna ranking kita sudah berada di kalangan yang terbaik.

“Apa yang paling penting kita melakukan persiapan rapi. Dari segi senarai pemain, kita tidak ada masalah kerana berdasarkan senarai pemain yang ada sekarang, seramai 22 orang pemain masih lagi layak untuk bermain pada untuk kejohanan ini,” katanya selepas majlis undian kumpulan di Rumah AFC, Selasa.

Kim Swee berkata, pada perlawanan kelayakan ini dia menyasarkan pasukan negara mampu berada sekurang-kurangnya di tempat kedua dalam kumpulan.

“Memang kita sasar untuk menjadi pasukan teratas peringkat kumpulan kerana dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke aksi tahun depan.

"Dengan reputasi kejayaan skuad kita di Asia Tenggara, saya yakin skuad Malaysia mampu melakukannya.

“Mungkin sebelum pusingan kelayakan berlangsung, kami akan mengadakan latihan dan perlawanan persahabatan di Eropah ataupun di Jepun.

“Buat masa sekarang pemain-pemain masih beraksi dalam Liga Singapura (Liga S) dan secara kebetulan ketika pusingan kelayakan ini berlangsung pada Jun ini, Liga S dalam tempoh rehat. Jadi kita tidak ada masalah untuk bermain dengan lebih teratur,” katanya.

Sementara itu, sehingga kini negara tuan rumah bagi pusingan kelayakan Kumpulan G ini masih belum diputuskan dan Kim Swee berharap Malaysia akan membida untuk menjadi tuan rumah.

“Jika kita menjadi hos, kelebihan ada pada pasukan Malaysia kerana ia secara automatik akan dapat tempat pada aksi seterusnya,” katanya.

Selain itu, Kelayakan Piala Asia AFC Bawah 22 Tahun ini diadakan buat kali pertama tahun ini bagi memberi laluan yang lebih lancar kepada negara-negara Asia dalam melakukan persiapan ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Sebanyak 41 buah negara terlibat dalam pusingan kelayakan ini dengan dibahagikan kepada dua bahagian, Asia Barat serta Asia Timur dan sepak mula akan berlangsung pada 23 Jun ini.

Asia Barat diundi dalam empat pasukan, manakala Asia Timur dipecahkan dalam tiga kumpulan.

(Zon Asia Barat)

KUM A: Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iraq, Oman, India, Turkmenistan dan Lebanon

KUMP B: Arab Saudi, Syria, Pakistan, Palestin, Kyrgzstan, Sri Lanka

KUM C: Bahrain, Iran, Tajikistan,Qatar, Kuwait, Maldives,

KUM D: Uzbekistan, Jordan, Yemen, Bangladesh, Nepal

(Zon Asia Timur)

KUM E: Australia, Jepun, Indonesia, Singapura, Macau, Timor Leste

KUM F: Korea Utara, China, Thailand, Hong Kong, Laos, Kemboja

KUM G: Korea Selatan ,Vietnam, MALAYSIA, Myanmar,Taiwan, Filipina

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain