suria

N.Sembilan Terima Pemain Pertahanan Dari Slovakia

SEREMBAN: Negeri Sembilan mendapat khidmat pemain import dari Slovakia, Marian Farbak yang akan diletakkan beraksi di bahagian pertahanan tengah.

"Pemain berumur 29 tahun ini pernah beraksi di kelab Divisyen 1 Slovakia dan kelab terakhir yang diwakilinya adalah Tatran Presov. Dia mempunyai ketinggian 1.93 cm dan dijangka mampu mengekang serangan lawan," kata penolong pengurus pasukan Negeri Sembilan, Hamzah Mohd Nor kepada Bernama.

Negeri Sembilan sebelum ini memiliki pemain dari Cameroon, Jean-Emmanuel Effa Owona, 24, yang bermain di bahagian serangan.

Farbak dijangka diturunkan ketika Negeri Sembilan menentang PKNS di sini malam ini. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

City Kembali Rampas Takhta Liga

Artikel Lain