suria

Perlu Menang 12 Perlawanan: Mancini

Mancini sasar untuk julang trofi liga musim ini.
Mancini sasar untuk julang trofi liga musim ini.
Mancini sasar untuk julang trofi liga musim ini.

PENGURUS Manchester City, Roberto Mancini mula membuat percaturan dalam baki perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi memastikan trofi kejuaraan menjadi milik pasukannya.

City kembali merampas takhta liga selepas jiran terdekat Manchester United mengambil alih kedudukan itu dalam tempoh 24 jam.

Namun kemenangan tipis ke atas Aston Villa 1-0 pada aksi awal pagi Isnin memberi kelebihan dua mata kepada Mancini.

“Kita semua sedar bahawa bulan Disember dan Januari adalah bulan yang sukar. Sesetengah pemain mengalami kecederaan, digantung atau tidak berada dalam skuad. Pun begitu sehingga kini, (Februari) kami masih lagi berada di tempat teratas.

“Berbaki 13 perlawanan musim ini, dan kami sedar jika ingin menjuarai liga ini, kami perlu menang 11 atau 12 perlawanan,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain