suria

McCarthy Mohon Maaf Tewas Kepada West Brom

PENGURUS Wolverhampton Wanderers, Mick McCarthy (gambar) memohon maaf kepada semua penyokong kelab itu setelah tewas 1-5 kepada West Bromwich Albion pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad.

“Saya dapat rasakan ini adalah situasi yang paling mengecewakan sepanjang karier saya. Saya memohon maaf di atas prestasi buruk yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Berdasarkan sikap menyerah kalah pada 30 minit terakhir bukanlah kelakuan sebenar pasukan ini.

"Pun begitu saya masih yakin yang saya adalah orang yang sesuai untuk meneruskan tugas ini. Saya tidak menerima apa-apa pesanan daripada penyokong-penyokong kelab ini.

“Sekali lagi saya mohon maaf. Itulah yang mampu saya ucapkan untuk menyatakan bahawa saya kecewa dengan kekalahan itu,” jelasnya.

Wolves kini berada di ambang zon penyingkiran dengan mengumpul 21 mata dalam 25 perlawanan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain