suria

Giggs Sambung Kontrak Ke-22 Tahun Bersama United

MANCHESTER United mengumumkan Ryan Giggs (gambar) telah menyambung kontrak selama setahun di Old Trafford.

Giggs, 38, meneruskan musim ke-22 sebagai pemain United dan dia akan menamatkan kontraknya sehingga kempen 2012-13.

Pemain tengah dari Welsh memulakan aksi bersama kelab pada Mac 1991 dan menyarung jersi United sebanyak 898 dengan mengumpul pelbagai kejayaan termasuk menjulang trofi Liga Juara-Juara (CL) serta 12 gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pengurus pasukan, Sir Alex Ferguson berkata: “Ryan merupakan pemain luar biasa. Dia sangat konsisten dan mudah membaca setiap perlawanan serta mempunyai semangat tinggi untuk berjaya.

“Setiap sesi latihan, dia menjadi contoh kepada pemain-pemain lain, terutama pemain muda banyak mempelajari sesuatu daripadanya.”

Sementara itu Giggs berkata, dia tidak pernah menduga untuk berada lama dengan kelab ini.

“Apabila saya menandatangai kontrak pertama beberapa tahun dulu, saya tidak pernah terfikir untuk berada di sini sehingga 22 tahun. Namun saya berada gembira dan yakin mampu menyumbangkan tenaga untuk meletakkan pasukan di tahap terbaik.

“Menjuarai gelaran ke-19 trofi EPL merupakan pengalaman yang menakjubkan, tetapi apa yang lebih penting ialah langkah seterusnya dan saya teruja menjadi sebahagian daripadanya,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain