suria

Rooney Jaring Dua Gol, Bawa Pasukan Ke Puncak Liga

Rooney meraikan gol keduanya ketika perlawanan menentang Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu.Foto: EPA
Rooney meraikan gol keduanya ketika perlawanan menentang Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu.Foto: EPA
Rooney meraikan gol keduanya ketika perlawanan menentang Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu.Foto: EPA

WAYNE Rooney membawa Manchester United ke tangga teratas kedudukan liga selepas menewaskan Liverpool 2-1 pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Sabtu.

Rooney menjaringkan dua gol dalam tempoh tiga minit setelah babak kedua bermula (minit ke-47 dan 50) selepas kedua pasukan gagal menjaringkan sebarang gol pada separuh masa pertama.

Kemenangan ini juga menjadi saksi pasukan kendalian Sir Alex Ferguson ini mara ke tangga teratas liga apabila mengumpul 58 mata dalam 25 perlawanan, mengambil alih kedudukan Manchester City (57 mata) yang akan bertemu Aston Villa pada awal pagi Isnin ini.

Manakala gol tunggal The Reds dijaringkan oleh Luiz Suarez pada minit ke-80 perlawanan.

Sementara itu, tumpuan seluruh penonton turut tertumpu kepada penyerang Liverpool, Suarez yang menolak untuk bersalam dengan pemain pertahanan Man United, Patrice Evra sebelum perlawanan bermula.

Suarez digantung lapan perlawanan gara-gara menimbulkan isu perkauman terhadap Evra pada aksi tahun lalu.

Senarai pemain:

MAN UTD: De Gea, Rafael, Ferdinand, Evans, Evra, Valencia, Scholes, Carrick, Giggs, Rooney, Welbeck (pemain simpanan): Amos, Berbatov, Park, Hernandez, Fabio, Cleverley, Pogba

LIVERPOOL: Reina, Enrique, Johnson, Agger, Skrtel, Spearing, Gerrard, Henderson, Downing, Kuyt, Suarez (pemain simpanan): Doni, Carragher, Bellamy, Carroll, Adam, Shelvey, Kelly.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain