suria

Lebih 300 Pelumba Basikal Lasak Beraksi Di Cabaran JRIDC

GEORGE TOWN: Lebih 300 pelumba basikal lasak dari dalam dan luar negara bakal berentap dalam kejohanan sulung Jerejak Resort International Downhill Challenge (JRIDC) 2012 di Pulau Jerejak selama dua hari mulai 28 April ini.

Antara negara yang mengesahkan penyertan dalam kejohanan anjuran Incredible Event & Managment yang menawarkan hadiah keseluruhan RM30,000 itu ialah Perancis, Singapura, Thailand, Indonesia, Iran dan Filipina.

Ia meliputi laluan menuruni bukit berbatu dan curam sejauh 1,000 meter.

"Enam kategori dipertandingkan iaitu Elite, Open, Master Expert (31-37 tahun), Master Open (38 tahun ke atas), Junior (bawah 18 tahun) serta Beginner," kata pengurus acaranya Faizal Jusoh kepada pemberita di sini hari ini.

Yang akan turut memeriahkan acara ialah penampilan lebih 150 pemilik basikal Fixie dan BMX yang akan mempersembahkan pelbagai aksi ekstrem.

Pengurus Hotel Jerejak, Meor Ahmad Nazim pula berkata pihaknya akan menambah perkhidmatan feri dan bot di samping mempertingkatkan kekerapan kemudahan pengangkutan pada hari kejohanan.

"Kami akan turut menyediakan pakej tempahan bilik pada harga istimewa dan menasihatkan pengunjug supaya membuat tempahan awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan," katanya.

Tarikh tutup penyertaan ialah 10 April.

Maklumat lanjut kejohanan dan muat turun turun borang boleh dilakukan dengan melayari laman web d http://jridc.blogspot.com/ atau menghubungi Faizal di talian 013-9333951.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain