suria

Pearce Ganti Tempat Capello Buat Sementara Waktu

Pearce (kiri) akan melatih skuad England bagi perlawanan persahabatan menentang Belanda pada 29 Februari ini.
Pearce (kiri) akan melatih skuad England bagi perlawanan persahabatan menentang Belanda pada 29 Februari ini.
Pearce (kiri) akan melatih skuad England bagi perlawanan persahabatan menentang Belanda pada 29 Februari ini.

PENGERUSI Persatuan Bola Sepak England (FA), David Bernstein mengesahkan Stuart Pearce akan mengendalikan skuad England bagi perlawanan persahabatan menentang Belanda pada 29 Februari ini.

Pearce menggantikan Fabio Capello buat sementara waktu selepas pengendali dari Itali itu meletak jawatan secara mengejut pada Khamis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan FA melucutkan gelaran kapten ke atas John Terry.

Pearce yang menjadi penolong Capello sebelum ini merupakan ketua jurulatih bagi pasukan bawah 21 Tahun England dan akan membawa pasukan ke Sukan Olimpik Julai depan.

“Saya mengumunkan Stuart akan menguruskan pasukan England ketika aksi persahabatan menentang Holland.

"Dia mempunyai pengalaman luas sama ada di dalam atau di luar organisasi ini termasuk turut mengendali skuad bawah 21 tahun serta pernah bekerja dengan Fabio sebelum ini.

“Saya mempunyai keyakinan tinggi terhadapnya, dan kami berada dalam keadaan yang baik. Selepas itu, kami akan fokus untuk melantik pengurus baru England,” jelas Bernstein pada sidang media di Wembley.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain