suria

Moratti Nafi Khabar Angin Lantik Capello

INTER Milan menafikan khabar angin untuk melantik Fabio Capello (gambar) menjadi ketua jurulatih kelab itu selepas meletak jawatan secara mengejut sebagai jurulatih England pada Khamis.

Capello meninggalkan England empat bulan sebelum Euro 2012 bermula gara-gara tidak setuju dengan keputusan Persatuan bola Sepak England (FA) yang melucutkan gelaran kapten yang dipegang John Terry.

Bekas pengurus Milan, Juventus, Roma dan Real Madrid ini dikaitkan dengan beberapa kelab terkenal termasuk bakal menggantikan tempat Claudio Ranieri di Inter.

“Laporan yang tersebar kebelakangan ini adalah khabar angin sahaja. Hari ini atau tamat musim ini tidak ada apa-apa perubahan berlaku dan ia sangat tidak berasas,” jelas Presiden Kelab, Massimo Moratti dalam satu kenyataan awal pagi Jumaat.

Laporan ini tersebar selepas menyaksikan kedudukan Inter yang kini berada di kedudukan kelima Serie A, sembilan mata ketinggalan daripada pendahulu liga, Juventus.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain