suria

Man United Kekal Kelab Ketiga Terkaya Dunia

KELAB Manchester United gagal meraih pendapatan tertinggi kelab di dunia dengan berada di kedudukan ketiga, sama seperti tahun sebelum ini.

Sementara dua gergasi bola sepak dunia dari Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona terus mengukuhkan kedudukan di tempat pertama dan kedua.

Berdasarkan analisi perakaunan Deloitte Football Money League, Man United meraih pendapatan mereka pada 2010-11 dengan 16 peratus, lebih kurang 331 juta euro (RM 1,327 juta).

Manakala pendapatan Real dan Barca meningkat dan cukup untuk mengukuhkan kedudukan di tangga teratas.

Menurut laporan Deloitte, kegagalan Man United untuk layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara (CL) musim ini bakal menyaksikan jurang besar dalam pendapatan musim depan.

“Jersi Barca menampilkan 'Qatar Foundation' sekali gus akan meningkatkan lagi pendapatan kelab pada musim 2011-12.

"Namun tidak dinafikan Real bertambah yakin untuk berada kedudukan teratas bagi tahun depan.

“Aksi dua kelab ini dalam CL menjadi faktor penting bagi pendapatan mereka,” jelas rakan perniagaan sukan di Deloitte, Dan Jones.

Chelsea kekal berada di tangga ke-6 tetapi Liverpool telah jatuh tempat yang ke-9 di belakang Inter Milan dan laporan itu menyatakan kekurangan beraksi di peringkat Eropah menyebabkan mereka tercicir daripada 10 yang terbaik melainkan mereka sekurang-kurangnya layak untuk Liga Europa.

“Kelab Liverpool perlu bermain di peringkat Eropah setiap tahun untuk mengekalkan status berada dalam kelompok sepuluh teratas,” jelas satu kenyataan.

Kedudukan 20 kelab terkaya dunia sehingga 30 Jun 2011:

1.Real Madrid USD 636.5 juta

2.Barcelona USD 598.3 juta

3.Man United USD487.2 juta

4.Bayern Munich USD426.6 juta

5.Arsenal USD333.3 juta

6.Chelsea USD331.6 juta

7.AC Milan USD312.1 juta

8.Inter Milan USD 280.6 juta

9.Liverpool USD269.9 juta

10.Schalke USD268.7 juta

11.Tottenham USD240.3 juta

12.Man City USD 225.1 juta

13.Juventus USD204.3 juta

14.Marseille USD199.6 juta

15.AS Roma USD190.5 juta

16.B.Dortmund USD183.8 juta

17.Lyon USD176.3 juta

18.Hamburg USD171 juta

19.Valencia USD155 juta

20.Napoli USD152.5 juta

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain