suria

Redknapp Bebas Pertuduhan Mengelak Cukai

Harry Redknapp
Harry Redknapp
Harry Redknapp

LONDON: Pengurus Tottenham Hotspur, Harry Redknapp didapati tidak bersalah atas tuduhan mengelak cukai.

Redknapp dan bekas pengerusi Portsmouth, Milan Mandaric memeluk antara satu sama lain apabila pihak mahkamah mengumumkan bahawa mereka bebas daripada dua pertuduhan mengelak cukai.

Susulan itu, Redknapp menarik nafas lega kerana boleh kembali memberikan tumpuan 100 peratus terhadap kelabnya dalam memburu trofi Liga Perdana Inggeris musim ini.

Ahli juri menerima penafian Redknapp bahawa dia mengelak daripada membayar cukai terhadap bayaran sebanyak 189,000 pound kepada akaun rahsia di Monaco.

"Secara jujurnya, ia bagaikan mimpi ngeri. Perkara ini sudah berlaku lima tahun dan tidak perlu dibawa ke mahkamah. Ia sukar dipercayai...kini saya boleh berehat dan menenangkan fikiran.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada peminat Spurs. Perlawanan menentang Wigan detik yang sukar dilupakan kerana mereka menyanyikan nama saya sepanjang saingan," katanya.

Sementara itu, menerusi kenyataan yang dikeluarkan Spurs, kelab itu menyatakan rasa bangga terhadap Redknapp dan keluarganya.

"Kes ini berlarutan sehingga empat tahun dan situasi dua minggu lalu agak sukar. Kami bangga melihat kes ini diselesaikan dan beliau boleh kembali mengemudi kelab," kata Spurs.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jadual Liga Perdana, Selasa

Artikel Lain