suria

Pahang Tewaskan Johor Kejohanan Liga Perdana

TEMERLOH: Pahang kembali menerajui persada Liga Perdana selepas mengalahkan Johor 2-0 dalam perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh malam Selasa.

Gol tuan rumah diperoleh pada minit ke-11 menerusi jaringan Azamuddin Mohd Akil yang menerima hantaran di luar kotak penalti Johor daripada R. Gopinathan.

Jaringan kedua pula dicipta pada minit ke-28 juga menerusi jaringan Azamuddin di dalam kawasan penalti setelah menerima hantaran dari Wan Azwari Wan Nor. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jadual Liga Perdana, Selasa

Artikel Lain