suria

Khairulnizam Muncul Juara Kelayakan Kejohanan Pelayaran Asia

LANGKAWI: Pelayar elit Khairulnizam Mohd Afendy yang mengetuai pasukan Kedah mengejutkan pelayar handalan Jeremy Khoo dari Pasukan Khoo Racing untuk muncul juara pada pertandingan kelayakan Kejohanan Pelayaran Asia 2012 ke-15 di sini, Rabu.

Kejohanan Asia itu akan berlangsung di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan di sini dari 16 hingga 25 Feb ini.

Dengan keputusan tersebut pasukan Kedah memenangi wang tunai RM5,000 manakala Pasukan Khoo Racing RM3,000 dan Pasukan MAF 1 RM2,000. Mereka menggunakan bot Platu.

Khairulnizam yang memenangi pemilihan ini tidak akan mengambil bahagian pada kejohanan itu kerana memberi tumpuan pada acara Laser bagi kelayakan Olimpik 2012.

Dua pasukan iaitu Pasukan Khoo Racing yang dikemudi Jeremy dan Pasukan MAF 1 yang dikemudi Masyuri akan mewakili negara pada kejohanan itu, manakala Khairulnizam akan mengetuai pasukan negara dalam Kejohanan Antarabangsa Regata Perdana Langkawi ke-9 yang akan bermula Khamis.

Seramai 248 pelayar daripada 22 pasukan mengambil bahagian pada kejohanan ini yang menjadi medan pemilihan atlit untuk acara lain bagi mewakili negara dalam Kejohanan Pelayaran Asia 2012. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jadual Liga Perdana, Selasa

Artikel Lain