suria

Negara Luar Turut Diundang Sertai Kejohanan Bola Tampar Terengganu

KUALA TERENGGANU: Beberapa pasukan dari negara luar turut diundang untuk menyertai Kejohanan Bola Tampar Siri Super Terengganu dari 2 hingga 4 Mac di Kemaman yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM11,000.

Setiausaha Persatuan Bola Tampar Amatur Terengganu (Tava), Mohd Nasir Yusoff berkata negara tersebut ialah Taiwan, Sri Lanka, Singapura, Indonesia dan Thailand.

"Ini sebagai pembuka tirai aktiviti Tava bagi tahun 2012. Ia juga untuk menguji skuad bola tampar skuad Sukma Terengganu yang sedang menjalani latihan di bawah bimbingan jurulatih kebangsaan Zulkifli Aziz," katanya kepada Bernama.

Mohd Nasir berkata Terengganu akan turut menyertai kejohanan siri super Pahang dan Batam, Indonesia.

Menurutnya, Terengganu menyenarai 18 pemain termasuk tiga pemain kebangsaan untuk menjalani latihan bagi menghadapi Sukma 2012 di Pahang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain