suria

Naib Presiden Kafa Meninggal Dunia

KOTA BAHARU: Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Othman Zakaria, 63, meninggal dunia di rumahnya di Kubang Kerian di sini Selasa dipercayai akibat serangan jantung.

Isterinya, Datin Mahani Daud berkata beliau menyedari mengenai kematian suaminya kira-kira pukul 9 pagi tadi ketika mahu mengejutkan arwah daripada tidur.

"Kali terakhir saya melihat arwah ialah pada pukul 2 pagi ketika masuk ke bilik untuk tidur.

"Bagaimanapun kira-kira pukul 9 pagi, ketika saya mahu mengejutkan beliau, saya melihat mukanya berbeza daripada biasa, lalu saya memanggil anak-anak untuk melihat keadaannya," katanya.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Stan dekat sini selepas solat Asar. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain