Perak Pantau Pemain Dari Gejala Rasuah - Sukan | mStar

Perak Pantau Pemain Dari Gejala Rasuah

IPOH: Persatuan Bolasepak Perak (Pafa) akan memantau keseluruhan pasukannya dalam Liga Super dan Piala Presiden bagi memastikan mereka bersih dari gejala rasuah.

Presidennya Datuk Zainol Padzi Paharuddin berkata pemain atau pengurusan pasukan yang didapati terlibat dengan gejala itu akan dikenakan tindakan tegas termasuk dibuang atau digugurkan serta-merta.

"Kita memantau perkara ini, kita tidak mahu isu yang melanda pasukan bola sepak negara pada tahun 1994 berulang semula dan memberi kesan kepada arena bola sepak negara ketika ini," katanya kepada pemberita di sini , Isnin.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri berkata bagi mengekang gejala rasuah daripada menguasai pemain, Pafa akan mengambil langkah menanam semangat amanah dan bertanggungjawab kepada semua pemain dan pegawai dengan mengadakan seminar kesedaran.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengenal pasti 18 pemain Piala Presiden dan Liga Perdana serta seorang jurulatih yang didapati terlibat dalam gejala rasuah musim lalu.

Mereka akan digantung antara dua hingga lima tahun sementara jurulatih itu akan digantung seumur hidup.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Man United Ikat Chelsea Seri 3-3

Artikel Berikut

Rio Kecewa, Terus Beri Sokongan Kepada Anton

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

“Saya OK Muhyiddin jadi PM” – Tun M