Isu Rasuah Memalukan: Ahmad Shabery - Sukan | mStar

Isu Rasuah Memalukan: Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR: Isu pembabitan rasuah 18 pemain Piala Presiden dan seorang jurulatih bola sepak musim lepas adalah perkara yang amat memalukan, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Sambil mengalu-alukan langkah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mendedahkan perkara itu semalam, beliau turut meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat.

"Kita perlu mencari faktor atau punca kenapa berlaku perkara ini (rasuah bola sepak) dan saya akan mengarahkan pihak-pihak berkenaan untuk menjalankan siasatan lanjut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Powerlifting Terbuka Malaysia di Stadium Titiwangsa, di sini, Ahad.

Turut hadir ialah Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Zainal Abu Zarin dan Presiden Powerlifting Para Malaysia Kamaruzaman Kadir.

Ahmad Shabery berkata demikian sebagai mengulas pendedahan FAM semalam mengenai 18 pemain Piala Presiden dan seorang jurulatih bola sepak yang dikenalpasti terlibat dalam skandal rasuah.

Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad berkata pemain berkenaan ialah enam pemain Piala Presiden dari pasukan Negeri Sembilan dan seorang jurulatih, pasukan T-Team (enam), dan pasukan MP Muar (enam).

Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dilaporkan berkata pemain dan jurulatih berkenaan akan dikenakan hukuman penggantungan antara dua hingga lima tahun.

Ahmad Shabery berkata beberapa faktor seperti kelemahan kewangan serta pengurusan persatuan bola sepak negeri dan kelab perlu dikaji kerana ia boleh dikaitkan sebagai punca penyebab gejala tidak sihat itu masih berlaku dalam liga bola sepak tempatan.

Skandal rasuah pernah menggegarkan sejarah bola sepak negara pada tahun 1994 dan 1995 yang melibatkan lebih 100 pemain serta jurulatih yang disyaki mengatur keputusan perlawanan Piala Malaysia dan Liga Perdana.

Sementara itu, kejohanan Powerlifting Terbuka Malaysia anjuran Persatuan Powerlifting Para Malaysia dengan kerjasama MPM itu berlangsung selama lima hari dan disertai 15 negara seperti Chile, United Kingdom, Iran, Kazakhstan, Korea dan Malaysia selaku tuan rumah.

Kejohanan yang disokong oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) itu merupakan satu daripada dua kejohanan powerlifting terakhir yang menawarkan mata untuk meraih tempat ke Sukan Paralimpik di London, Ogos ini.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Dalglish Tagih Aksi Luar Biasa Suarez

Artikel Berikut

Jadual Liga Perdana Inggeris, Selasa

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain