suria

Pelumba Cub Prix Malaysia Makin Diiktiraf

PELUMBA Cub Prix Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman, Mohd Emir Fridaus Hasan dan Mohd Zaqhwan Zaidi menerima pengiktirafan Honda Motor Co, Jepun sewaktu Honda mengumumkan untuk memperkukuhkan pasukan bagi menghadapi Kejuaraan Motosikal FIM Asia PETRONAS edisi 2012.

Dalam satu kenyataan seluruh dunia yang dihantarkan kepada media, pengeluar motosikal Jepun itu mengumumkan pasukan Boon Siew Honda Racing Malaysia akan mempunyai empat pelumba berbanding dua pelumba sebelum ini.

Pelumba handalan Kejuaraan Superbike British, Ryouichi Kiyonari akan beraksi bersama-sama dengan tiga pelumba negara iaitu, Azlan, Emir dan Zaqhwan.

Dengan pengumuman tersebut, Azlan, Emir dan Zaqhwan merupakan pelumba Malaysia pertama yang diletakkan dalam senarai pelumba rasmi Honda (pelumba sokongan Honda.

Di samping itu, Honda secara rasminya menyatakan sokongan mereka terhadap perlumbaan di Asia yang semakin berkembang dengan memperkenalkan program untuk mencungkil bakat-bakat baru iaitu Piala Asia Dream.

Projek ini akan menjadi sebahagian daripada Kejuaraan Motosikal FIM Asia PETRONAS, yang akan memilih pelumba-pelumba daripada 12 negara Asia dan Oceania, bagi melahirkan pelumba Grand Prix di masa akan datang.

Honda akan membekalkan jentera mengikut spesifikasi perlumbaan berdasarkan model pasaran seluruh dunia, CBR250R dan turut meletakkan bekas pelumba MotoGP, Makoto Tamada pada setiap perlumbaan untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada pelumba-pelumba muda ini.

Berikut antara kejuaraan yang akan disertai pasukan Honda;

1) FIM Road Racing World Championship Grand Prix Series

MotoGP

Respol Honda Team (Casey Stoner dan Dani Pedrosa)

Team San Carlo Honda Gresini (Alvaro Bautista)

LCR Honda MotoGP (Stefan Bradl)

Moto2

NGM Mobile Forward Racing (Yuki Takahashi)

Italtrans Racing Team (Takaaki Nakagami)

Gresini Racing Moto2 (Ratthapark Wilairot)

Moto3

Technomag-CIP-TSR (Kenta Fujii)

2) FIM World Superbike Championship Series

Honda World Superbike Team (Jonathan Rea dan Hiroshi Aoyama)

3) Suzuka 8hours Endurance Road Race Honda akan menyenaraikan para pelumba yang aktif di pentas dunia dan juga di Jepun seperti Honathan Rea yang menyertai Kejuaraan Superbike Dunia FIM (WSB) dan Kasuke Akiyosi (MFJ All-Japan Road Racing Championship Series).

Pelumba-pelumba ini akan berlumba untuk pasukan yang berpengalaman seperti F.C.C. TSR Honda dan MuSASHi RT HARC-PRO.

4)FIM Asia Road Racing Championship Series

Boon Siew Honda Racing Malaysia (Ryuichi Kiyonari, Azlan Shah Kamaruzaman, Mohd Emir Fridaus Hasan dan Mohd Zaqhwan Zaidi)

Artikel Lain