suria

Tengku Abdullah Mahu Skuad Olimpik Lawan Bahrain Hingga Minit Terakhir

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu skuad Olimpik Malaysia memberi tentangan habis-habisan kepada Bahrain malam Ahad.

Katanya skuad bimbingan jurulatih negara Ong Kim Swee itu perlu mempamerkan permainan yang mantap sehingga minit terakhir dalam pusingan kedua kelayakan Olimpik 2012 peringkat kumpulan C zon Asia di Stadium National, Manama.

"Saya percaya malam esok menjadi perlawanan sengit dan sudah pasti skuad Bahrain juga mahukan kemenangan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco FAM di sini, Sabtu.

Pada perlawanan pusingan pertama Malaysia tunduk 2-3 kepada Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil pada November lepas dan sebelum itu skuad ini juga terpaksa akur dengan kekalahan dalam dua perlawanan ketika menentang Jepun dan Syria.

Sementara itu, Tengku Abdullah berkata FAM telah menyusun strategi untuk mempromosikan lagi bola sepak negara pada pada 2013 hingga 2016.

"Kita akan buat pameran bergerak untuk bertemu dengan penyokong-penyokong seluruh negara supaya dapat menarik lagi peminat bola sepak menyokong pasukan negara," katanya.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain